Empower Ecer lonjak pendidikan di Pasir Mas

Iklan
Antara mereka yang menjayakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik Peserta Program Empower ECRDC Pasir Mas.

PASIR MAS - Program Empower Ecer kelolaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Pasir Mas berjaya meningkatkan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar di jajahan ini.

Pegawai Empower Ecer Pasir Mas, Nurul Hidayah Mat Zin berkata, program yang mendapat kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu telah memberikan manfaatkan kepada 600 pelajar di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, program itu yang diperkenalkan sejak 2015 menyasarkan pelajar sederhana daripada keluarga berpendapatan rendah yang akan menduduki peperiksaan awam utama.

"Alhamdulillah, kebanyakan peserta yang mengikuti program ini telah meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3),” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian semasa Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik Peserta Program Empower ECRDC Pasir Mas di sini.

Nurul Hidayah berkata, menerusi program itu, UiTM bertindak sebagai penyedia perkhidmatan dalam memberi bimbingan dan latihan kepada peserta.

Iklan

Menurutnya, peserta turut diberikan pendedahan berkaitan hala tuju aliran pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, pendedahan itu bagi memastikan mereka tidak tersalah langkah dalam memacu masa depan.

"Selain akademik, pembangunan modal insan turut disematkan dalam diri peserta.

"Saya amat berharap apa yang mereka timba sepanjang program ini dapat dimanfaatkan dalam membina masa depan mereka,” katanya.