ADUN Kuang letak jawatan Ketua Penerangan Bersatu Selangor

Iklan
Salehuddin Amiruddin

SABAK BERNAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Salehuddin Amiruddin meletakkan jawatannya sebagai Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor hari ini.

Salehuddin berkata, keputusan Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH) tidak dapat diterima kerana prinsip maruah parti diletakkan jauh ke belakang.

Iklan
Iklan

"Saya juga berpendapat keputusan tersebut dibuat dengan terburu-buru tanpa memikirkan implikasi terdapat rakyat, ekonomi dan sosial negara yang kita cintai ini," katanya menerusi kenyataan media di Facebooknya hari ini.

Salehuddin memuat naik surat peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Penerangan Bersatu Selangor hari ini.

Salehuddin berkata, perjuangan beliau selari dengan perjuangan parti bersama Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersama PH menumbangkan kerajaan kleptokrasi.

Iklan

"Ini telah berjaya direalisasikan oleh PH dengan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) yang lalu.

"Sebagai pengambil tanggungjawab tersebut saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu Negeri Selangor dengan serta merta dan kekal sebagai ahli biasa seumur hidup.

Iklan

"Saya menyeru pimpinan tertinggi parti menghayati slogan 'Bersatu Beramanah dan Bermaruah' dalam setiap tindakan parti demi agama, bangsa dan negara," katanya.