10.30 malam: Majlis Presiden Pakatan Harapan berpendirian bahawa Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar mendahului Agong, malah tindakan memanggil sidang Parlimen untuk memilih Perdana Menteri adalah mencabar hak dan kuasa Seri Paduka Baginda.
https://www.sinarharian.com.my/article/71766/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Anwar-dipercayai-hadir-mesyuarat-tergempar-PH
7 petang: Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa kenyataan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Perutusan Khas disiarkan secara langsung semalam berhubung kemelut politik sedang dihadapi dalam pemerintahan negara ketika ini menyinggung perasaan ahli UMNO.
https://www.sinarharian.com.my/article/71757/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Kenyataan-Tun-M-guris-perasaan-UMNO-Annuar
6.40 petang: UMNO dan Pas mengerahkan jentera di seluruh negara untuk menggerakkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
https://www.sinarharian.com.my/article/71756/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Umno-Pas-bersiap-untuk-PRU15
6 petang: Bersatu mungkin calonkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri baharu
https://www.sinarharian.com.my/article/71755/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Tun-M-tidak-kisah-jika-Muhyiddin-ganti-jadi-PM
5.45 petang: Gabungan parti baharu akan menghadap Sultan Johor untuk mempersembahkan cadangan nama calon Menteri Besar.
5.30 petang: Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Kabinet interim atau sementara tidak boleh dibentuk pada masa ini kerana beliau tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
https://www.sinarharian.com.my/article/71753/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Kabinet-Interim-tidak-boleh-dibentuk-kata-Tun-M
5.15 petang: Dewan Rakyat akan bersidang pada 2 Mac ini untuk tentukan bakal Perdana Menteri
https://www.sinarharian.com.my/article/71744/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Sidang-Parlimen-Khas-akan-tentukan-calon-Perdana-Menteri-Tun-M
5 petang: Kerajaan mengumumkan pemberian elaun khas RM400 sebulan kepada doktor dan kakitangan perubatan sebagai tanda penghargaan kepada petugas awam barisan hadapan dalam memerangi koronavirus (Covid-19). Elaun RM200 juga diberikan kepada anggota Imigresen dan kakitangan lain yang berkaitan.
https://www.sinarharian.com.my/article/71735/KHAS/Koronavirus/Doktor-kakitangan-perubatan-dapat-elaun-khas-RM400
5 petang: Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Moahamad umum peruntukan RM20 bilion untuk pakej Ransangan Ekonomi bagi mengurangkan impak serta merta terhadap ekonomi akibat penularan wabak Covid-19.
https://www.sinarharian.com.my/article/71730/KHAS/Koronavirus/Dr-Mahathir-umum-RM20-bilion-pakej-rangsangan-ekonomi
4.30 petang: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang letak jawatan Ketua Penerangan Bersatu Selangor dan kenyataan itu dibuat menerusi menerusi akaun Facebooknya.
https://www.sinarharian.com.my/article/71733/KHAS/Peralihan-Kerajaan/ADUN-Kuang-letak-jawatan-Ketua-Penerangan-Bersatu-Selangor
3.45 petang: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador dilihat memasuki bangunan sama pada jam 3.45 petang ini.
3.35 petang: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai bertemui Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
https://www.sinarharian.com.my/article/71716/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Muhyiddin-selesai-bertemu-Tun-M
3.15 petang: BN Melaka menggesa Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari membuktikan dakwaannya bahawa beliau mempunyai sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang cukup untuk mempertahankan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Melaka.
https://www.sinarharian.com.my/article/71737/KHAS/Peralihan-Kerajaan/BN-tunggu-dua-kerusi-bentuk-kerajaan-di-Melaka
2.30 petang: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bangunan Perdana Putra difahamkan untuk bertemu Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
https://www.sinarharian.com.my/article/71702/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Muhyidin-ke-Perdana-Putra-bertemu-Tun-M
2 petang: Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah mengumumkan Johor ditadbir kerajaan gabungan baharu terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, MIC dan Pas menggantikan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
https://www.sinarharian.com.my/article/71699/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Kerajaan-gabungan-baharu-di-Johor
1.30 tengah hari: Semua Ketua UMNO bahagian dipanggil menghadiri pertemuan khas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, jam 3 petang ini seperti dimaklumkan Tan Sri Annuar Musa melalui Twitter
1 petang: Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya. mengesahkan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kembali jawatannya selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
https://www.sinarharian.com.my/article/71701/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Tun-M-terima-kembali-jawatan-Pengerusi-Bersatu
12.45 tengah hari: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq dan ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim kedua-duanya ADUN Bersatu Pulau Pinang mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tunku Abdul Rahman (Komtar).
https://www.sinarharian.com.my/article/71696/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Dua-ADUN-Bersatu-Pulau-Pinang-jumpa-Ketua-Menteri
12.30 tengah hari: Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika keluar dari kediamannya di Bukit Segambut Dalam mengesahkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen parti itu di Hotel Eastin Petaling Jaya.
https://www.sinarharian.com.my/article/71688/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Anwar-adakan-pertemuan-dengan-Ahli-Parlimen-PKR
12.25 tengah hari: Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di bangunan Perdana Putra selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
https://www.sinarharian.com.my/article/71686/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Tun-M-tiba-di-Perdana-Putra-riak-wajah-muram
12 tengah hari: Kerajaan negeri Kedah kekal ditadbir oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana mendapat sokongan kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk kekal sebagai Menteri Besar Kedah.
https://www.sinarharian.com.my/article/71695/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Kerajaan-Kedah-kekal-ditadbir-Mukhriz
11.48 pagi: UMNO menafikan laporan media kononnya parti itu dan Pas bersetuju menamakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.
https://www.sinarharian.com.my/article/71714/KHAS/Peralihan-Kerajaan/UMNO-nafi-calonkan-Muhyiddin-sebagai-PM
11.30 pagi: Speaker Dewan Rakyat maklumkan persidangan Dewan Rakyat 9 Mac ini bergantung perkembangan politik semasa tetapi Parlimen sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan
11.15 petang: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadual pada 5 Mac ini ditangguhkan ke satu tarikh lain.
https://www.sinarharian.com.my/article/71721/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Sidang-DUN-Johor-ditangguh-Speaker
11 pagi: Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Kenderaan rasmi Dr Mahathir dilihat memasuki Istana Negara melalui Pintu 1 istana pada jam 10.55 pagi.
https://www.sinarharian.com.my/article/71680/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Tun-M-tiba-di-Istana-Negara
10.15 pagi: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman bagi memaklumkan situasi politik semasa negeri Kedah.
https://www.sinarharian.com.my/article/71678/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Mukhriz-menghadap-Sultan-Kedah
10 pagi: Isteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba dan menyapa petugas media yang berkampung di hadapan pintu masuk protokol bangunan Perdana Putra serta memberikan coklat.
https://www.sinarharian.com.my/article/71676/KHAS/Peralihan-Kerajaan/[VIDEO]-Dr-Siti-Hasmah-beri-coklat-kepada-petugas-media
10 pagi: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dilihat meninggalkan kediaman rasmi di Seri Mentaloon.
10 pagi: Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin angkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof di Kamar Khas, Parlimen. Mohamad daripada Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis pada 18 Januari lalu.
9 pagi: Saham di Bursa Malaysia dibuka tinggi susulan minat belian dalam saham indeks utama dipercayai didorong suntikan positif pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan hari ini.
8.30 pagi: Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki pejabatnya di bangunan Putra Perdana.
7.45 pagi: Semua Ketua UMNO bahagian dipanggil menghadiri pertemuan khas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, jam 3 petang seperti dimaklumkan Tan Sri Annuar Musa melalui Twitter.
https://www.sinarharian.com.my/article/71694/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Ketua-UMNO-Bahagian-dipanggil-ke-PWTC-petang-ini-Annuar
7.45 pagi: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengadakan pertemuan dengan Exco, Ahli Dewan Undangan Kedah di kediaman rasmi di Seri Mentaloon, dipercayai berkaitan situasi politik negara dan kedudukan kerajaan negeri susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.