'Gulai kawah ekor treler' curi perhatian

Iklan
Mohd Azizul menjual daging kawah menggunakan ekor treler di Bazar Ramadan Kampung Lubuk Kawah di Hulu Besut, Terengganu. Mohd Azizul menjual daging kawah menggunakan ekor treler di Bazar Ramadan Kampung Lubuk Kawah di Hulu Besut, Terengganu.
Mohd Azizul menjual daging kawah menggunakan ekor treler di Bazar Ramadan Kampung Lubuk Kawah di Hulu Besut, Terengganu.

BESUT - Kreativiti seorang peniaga bazar Ramadan di Kampung Lubuk Kawah, Hulu Besut, menggunakan ekor treler sebagai pengangkutan dan tempat jualan gulai daging kawah mencuri perhatian pelanggan.

Mohd Azizul Azli Mohd Sani, 41, berkata, ekor treler yang sebelum ini digunakan bersama traktor untuk kerja-kerja pertanian di sawah kini dijadikan kemudahan untuk berniaga di bazar berkenaan.

Iklan
Iklan

"Ekor treler ini saya ubah suai sedikit supaya dapat digunakan sebagai meja jualan dan membawa kawah memasak sepanjang saya berniaga di bazar Ramadan ini.

"Ia akan ditarik menggunakan kenderaan pacuan empat roda ke lokasi perniagaan," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Lubuk Kawah, baru-baru ini.

Iklan
Mohd Azizul menunjukkan gulai kawah yang dijual pada harga RM10 sebekas. Mohd Azizul menunjukkan gulai kawah yang dijual pada harga RM10 sebekas.
Mohd Azizul menunjukkan gulai kawah yang dijual pada harga RM10 sebekas.

Dalam pada itu, Mohd Azizul berkongsi bahawa idea berniaga gulai daging kawah tercetus selepas mendapati harga daging lembu tempatan tahun ini lebih murah berbanding sebelumnya.

"Ini kali pertama saya berniaga pada bulan puasa. Sebelum ini, sejak 10 tahun lalu, saya hanya menerima tempahan katering atau majlis-majlis kenduri.

Iklan

"Saya bersyukur kerana biasanya sebanyak 160 bekas gulai kawah habis terjual dalam tempoh tiga jam sahaja," ujarnya yang dibantu isteri serta beberapa ahli keluarga.

Tambahnya, setakat ini, secara purata jumlah daging segar yang digunakan meningkat daripada 30 kilogram (kg) kepada 50kg sehari.

"Setiap bekas dijual pada harga RM10 dengan kuantiti isi daging kira-kira 160 gram, tidak termasuk kuah.

"Kami guna ramuan rempah ratus turun-temurun keluarga, sebab itu rasanya lain daripada yang lain," katanya.