'Tahun lalu termenung, tahun ini boleh tersenyum'

Iklan
Peniaga di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang lega kerana kehadiran pengunjung dilihat lebih baik tahun ini. Peniaga di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang lega kerana kehadiran pengunjung dilihat lebih baik tahun ini.
Peniaga di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang lega kerana kehadiran pengunjung dilihat lebih baik tahun ini.

SEREMBAN - Jika Ramadan tahun lalu, kebanyakan peniaga di Bazar Aidilfitri Dataran Senawang di sini mengeluh berikutan hasil jualan yang kurang memberangsangkan.

Namun, berbeza kali ini apabila kebanyakan mereka sudah boleh tersenyum seawal minggu pertama bazar dibuka.

Iklan
Iklan

Mana tidaknya, ada dalam kalangan peniaga yang berani menambah stok barangan yang dijual kerana adanya permintaan daripada pelanggan.

Peniaga Mazlan Subari, 33, berkata, tahun lepas boleh dikatakan 'tahun sakit' buat kebanyakan peniaga bazar Aidilfitri namun sangat berbeza tahun ini.

Iklan

"Saya dah berniaga di Bazar Aidilfitri ini selama 10 tahun, dan rasanya tahun paling sakit buat peniaga ialah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tahun lepas.

"Tapi Alhamdulillah, tahun ini pada minggu pertama Ramadan orang dah ramai datang membeli, dan kami dah boleh bernafas," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, disebabkan kehadiran pelanggan yang agak baik, dia sudah menambah stok jualan pada minggu kedua tetapi dalam kuantiti yang sederhana.

Bagaimanapun, katanya, dia tetap mengambil langkah berjaga-jaga kerana tidak mahu mengalami kerugian antaranya dengan mengekalkan stok lama tetapi menurunkan harga sehingga 60 peratus.

Laporan keluhan peniaga Bazar Aidilfitri Dataran Senawang tahun lalu dilaporkan Sinar Harian.

"Contohnya, jika tahun lepas baju Melayu kami dijual pada harga antara RM100 hingga RM140 tetapi tahun ini antara RM65 hingga RM120.

"Ada juga kami bawa stok baharu, tapi tak banyaklah kerana saya nak habiskan dulu stok sedia ada," katanya.

Dia berpendapat, kehadiran pengunjung lebih baik pada awal Ramadan tahun ini berikutan ramai yang baru dapat gaji.

Pekerja, Ayu Irsyawana Izzah Jaafar, 22, berkata, Ramadan tahun lalu dia lebih banyak termenung kerana ketiadaan pelanggan.

"Tapi tahun ini hasil jualan lebih baik kerana minggu pertama bazar dibuka orang dah mula datang membeli.

"Kalau nak buat perbandingan, kehadiran pengunjung pada waktu hari bekerja tahun ini sama ramainya macam hujung minggu tahun lalu," katanya.

Pada masa sama, dia juga tidak menafikan orang lebih ramai datang berjalan berbanding datang membeli, namun keadaannya tidaklah seteruk tahun lalu.

Sementara itu, pekerja Ahmad Danish Ahmad Idris, 20, berkata, dia sudah tiga kali menambah stok jualan berikutan sambutan yang agak baik daripada pelanggan.

Ujarnya, keadaan itu memberi sedikit kelegaan kepada para peniaga.

"Saya tengok tahun ini, orang awal sikit membeli. Kalau sebelum ini pada minggu pertama itu banyak orang datang berjalan saja.

"Kami pun ambil langkah turunkan harga jualan iaitu daripada RM100 untuk tiga helai seluar kepada RM100 untuk empat helai seluar," katanya.