MAINS terima bukan Islam datang kaunseling

Iklan
Abdul Aziz (berdiri, tiga dari kanan) beramah mesra dengan pengamal media di Negeri Sembilan pada majlis berbuka puasa di Seremban pada Khamis. Abdul Aziz (berdiri, tiga dari kanan) beramah mesra dengan pengamal media di Negeri Sembilan pada majlis berbuka puasa di Seremban pada Khamis.
Abdul Aziz (berdiri, tiga dari kanan) beramah mesra dengan pengamal media di Negeri Sembilan pada majlis berbuka puasa di Seremban pada Khamis.

SEREMBAN - Perkhidmatan kaunseling percuma yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bukan sahaja mendapat kepercayaan masyarakat Islam tetapi juga bukan Islam.

Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir berkata, sejak unit berkenaan ditubuhkan pada tahun 1998, pelanggan dalam kalangan bukan Islam turut datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling, khususnya berkaitan isu kekeluargaan.

Iklan
Iklan

"Kami mengambil sikap terbuka, dan sesiapa sahaja boleh datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling di MAINS.

"Ini merupakan salah satu keunikan kami, dan ia secara tidak langsung memberi gambaran positif terhadap institusi agama Islam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra MAINS Bersama Media di sini pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, MAINS mempunyai seramai 12 kaunselor yang berpengalaman dan diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor Malaysia.

Tambahnya, kebanyakan mereka yang bukan Islam mengetahui tentang perkhidmatan tersebut melalui media sosial dan percakapan dari mulut ke mulut.

Iklan

"Kami ada bilik khas serta beberapa kemudahan lain supaya sesi kaunseling dapat dijalankan dalam persekitaran yang selesa.

"Melihat kepada sambutan yang baik, kami sentiasa berusaha menambah baik mutu perkhidmatan supaya masyarakat mendapat perkhidmatan kaunseling yang terbaik," katanya.