PM kelapan: Dewan Rakyat tunggu surat Dr Mahathir

Iklan
Mohamad Ariff

KUALA LUMPUR- Semua proses berkaitan pemilihan Perdana Menteri baharu pada persidangan khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini akan diumumkan kemudian, maklum Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Beliau berkata, urusan itu akan ditentukan selepas menerima surat yang lengkap daripada Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Iklan
Iklan

"Apabila saya terima surat yang lengkap daripada PM (Perdana Menteri) berserta dengan usulnya, saya akan keluarkan kenyataan," katanya ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan Dewan Rakyat akan mengadakan persidangan khas pada Isnin ini untuk menentukan pemimpin manakah yang mempunyai majoriti untuk dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M terima kembali jawatan Pengerusi Bersatu

Sidang Parlimen Khas akan tentukan calon Perdana Menteri: Tun M

Iklan
Iklan