Helikopter milik PDRM terhempas di Tawau

Iklan

TAWAU - [DIKEMASKINI] Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa enam anggota Pasukan Gerakan Udara (PGU) terhempas di Kem Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA), Jalan Air Panas di sini, malam ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Assisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku pada 7.40 malam.

Iklan
Iklan

"Terdapat enam anggota daripada Pasukan Gerakan Udara berada di dalam helikopter berkenaan ketika kejadian," katanya.

Menurutnya, kesemua anggota itu selamat dan hanya seorang cedera.

Iklan

Sementara itu, Bernama difahamkan helikopter berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Tawau menuju ke Kem Batalion 14 PGA di sini, dan kira-kira seminit sebelum mendarat, helikopter itu hilang kawalan.

Anggota yang cedera difahamkan berpangkat Sarjan. - Bernama

Iklan