JIM tahan empat ejen haram warga asing tawar perkhidmatan imigresen

Iklan
Seorang ejen haram warga asing menjelaskan sesuatu kepada pegawai JIM yang menyerbu empat lokasi sekitar Kuala Lumpur dan tiga lokasi di Bandar Bukit Raja,Selangor pada Rabu dan Khamis. Foto: JIM. Seorang ejen haram warga asing menjelaskan sesuatu kepada pegawai JIM yang menyerbu empat lokasi sekitar Kuala Lumpur dan tiga lokasi di Bandar Bukit Raja,Selangor pada Rabu dan Khamis. Foto: JIM.
Seorang ejen haram warga asing menjelaskan sesuatu kepada pegawai JIM yang menyerbu empat lokasi sekitar Kuala Lumpur dan tiga lokasi di Bandar Bukit Raja,Selangor pada Rabu dan Khamis. Foto: JIM.

PUTRAJAYA - Empat warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana dipercayai menjadi ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen kepada golongan bermasalah.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, empat suspek lelaki warganegara Bangladesh berusia antara 22 hingga 38 tahun itu ditahan semasa Operasi Khas pada Rabu dan Khamis di empat lokasi sekitar Kuala Lumpur dan tiga lokasi di Bandar Bukit Raja, Selangor.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, modus operandi suspek adalah menawarkan perkhidmatan imigresen kepada warganegara asing yang berada di negara ini seperti pas khas.

Pegawai JIM melakukan pemeriksaan di sebuah premis yang digunakan oleh ejen haram warga asing. Foto: JIM. Pegawai JIM melakukan pemeriksaan di sebuah premis yang digunakan oleh ejen haram warga asing. Foto: JIM.
Pegawai JIM melakukan pemeriksaan di sebuah premis yang digunakan oleh ejen haram warga asing. Foto: JIM.

Kata beliau, ejen haram itu menyasarkan pelanggan warganegara Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Nepal yang telah tinggal lebih masa ataupun telah tamat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Iklan

"Pas Khas akan diuruskan oleh ejen haram ini untuk membolehkan warga asing yang menggunakan perkhidmatan disediakan untuk terus tinggal dan berada di negara ini.

"Ejen haram ini turut menyediakan perkhidmatan mengubah suai ePASS secara tidak sah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Zakaria berkata, bayaran yang dikenakan kepada pelanggan antara RM2,000 hingga RM2,500 untuk setiap perkhidmatan ditawarkan.

"Suspek ejen haram itu dipercayai telah menjalankan aktiviti selama satu tahun.

"Semakan awal mendapati dua suspek yang ditahan ini memiliki PLKS dalam sektor pembinaan manakala dua lagi telah tinggal lebih masa," katanya

Sekumpulan pegawai JIM melakukan siasatan dan semakan pasport yang dirampas daripada seorang ejen haram warga asing. Foto: JIM.

Dalam pada itu katanya, pasukan operasi telah merampas 134 naskhah pasport pelbagai negara di premis yang digunakan suspek.

Jelasnya, ia terdiri daripada 117 pasport Bangladesh, Nepal (4), Myanmar dan Indonesia masing-masing (6) serta India (1).

"Kami juga merampas empat unit telefon bimbit, satu unit komputer riba dan wang tunai berjumlah RM69,380.

"Turut disita dua buah kenderaan jenis Perodua Ativa dan Perodua Alza untuk siasatan lanjut," katanya.