Potret memukau dengan vivo V50

Iklan

Peminat telefon pintar sentiasa teliti melihat perkembangan teknologi terkini setiap produk yang keluar di pasaran. Jenama terkenal, vivo, sentiasa mendapat tempat di hati pengguna. Dengan ‘kelahiran’ vivo V50 kali ini pastinya menjadi saingan hebat.

Berkonsepkan The Next Level Potrait, keluaran kali ini menaik taraf pengalaman fotografi anda dengan dilengkapi sistem kamera ZEISS. Kecanggihan kualiti gambar 4K pada ketiga-tiga kamera di belakang dan hadapan sudah tentu menjadikan hasilnya menakjubkan.

Iklan
Iklan

Malah, ia juga mempunyai kamera 50MP ZEISS Ultra wide yang boleh memuatkan 30 orang dalam satu gambar, 50MP ZEISS OIS dan juga 50MP ZEISS Group Selfie menjadikan setiap hasil fotografi anda lain dari yang lain. Ditambah pula dengan kemudahan AI Aura Light Potrait 2.0 yang lebih baik dari edisi V40 sebelum ini. Bergambar di waktu malam, tidak lagi menjadi masalah.

Empat perbezaan tona filem dalam satu telefon memudahkan urusan anda untuk mendapatkan hasil gambar seperti polaroid, gaya vintaj, ‘kesegaran’ warna sama ada ketika di luar mahu pun di dalam bangunan dan juga menyerlahkan kualiti setiap gambar yang diambil.

Iklan

Terdapat juga ciri ZEISS Multifocal Portrait yang menyediakan sehingga tiga jarak tangkapan iaitu 23mm, 35mm dan 50mm. Selain itu ZEISS Style Bokeh pula boleh mencantikkan latar belakang setiap gambar dengan pelbagai kesan yang menarik sehingga tujuh gaya yang berbeza mengikut kesukaan anda.

Dari segi kemampuan baterinya, sudah tentu V50 ditambah baik dengan dilengkapi bateri kapasiti 6000 mAh BlueVolt dan juga penambahan AI Sleep Mode. Gabungan kedua-dua ini untuk telefon bimbit yang super slim, mampu bertahan dari pagi hingga ke malam dengan sekali pengecasan.

Iklan

Manakala kepantasan 90W Flash Charge membenarkan si pemakai untuk berbual bersama rakan mahu pun keluarga sehingga enam jam. Bagi penggemar menonton video di telefon bimbit, V50 amat sesuai dengan anda kerana ia juga boleh bertahan sehingga tiga jam dengan hanya 10 minit pengecasan.

Didatangkan dengan tiga warna yang menarik yang diilhamkan dari keajaiban alam semula jadi, anda boleh memilih sama ada Ancora Red, Mist Purple atau pun Satin Black. Kesemua warna ini kelihatan elegan dan mempunyai makna tersendiri.