Anwar dipercayai hadir mesyuarat tergempar PH

Iklan
Kenderaan dinaiki Anwar dan Dr Wan Azizah keluar dari kediaman mereka di Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur pada jam 8.40 malam tadi.

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan kediamannya di Bukit Segambut Dalam, di sini pada jam 8.40 malam tadi dipercayai untuk menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Anwar keluar ditemani isterinya yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Iklan
Iklan

Mereka menaiki kenderaan Lexus berwarna hitam dengan diiringi empat kenderaan.

Usaha wartawan mendapatkan pengesahan lokasi mesyuarat itu daripada beliau gagal apabila Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan enggan bercakap dengan media.

Iklan
Iklan

Namun berdasarkan maklumat yang diterima pihak media, mesyuarat itu diadakan di Hotel Eastin, Petaling Jaya iaitu lokasi sama beliau menghadiri mesyuarat bersama Ahli Parlimen PKR tengah hari tadi.