Hector Hevel bakal perkuatkan Harimau Malaya?

Iklan
Portimonense memuat naik gambar Hevel di media sosial dengan kapsyen 'convocado' yang bermaksud 'dipanggil' serta meletakkan bendera Malaysia pada hantaran tersebut. Portimonense memuat naik gambar Hevel di media sosial dengan kapsyen 'convocado' yang bermaksud 'dipanggil' serta meletakkan bendera Malaysia pada hantaran tersebut.
Portimonense memuat naik gambar Hevel di media sosial dengan kapsyen 'convocado' yang bermaksud 'dipanggil' serta meletakkan bendera Malaysia pada hantaran tersebut.

IDENTITI salah seorang pemain kacukan atau warisan yang bakal menyertai skuad Harimau Malaya semakin jelas selepas nama Hector Hevel dikaitkan secara meluas dengan pasukan kebangsaan.

Pemain tengah Portimonense SC itu dikatakan menerima panggilan untuk menyertai skuad negara selepas kelab Portugal tersebut memuat naik gambarnya di media sosial dengan kapsyen 'convocado' yang bermaksud 'dipanggil' serta meletakkan bendera Malaysia pada hantaran tersebut.

Iklan
Iklan

Hevel, 29, dilahirkan di Leidschendam, Belanda dan mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak antarabangsa.

Dia pernah mewakili beberapa kelab seperti ADO Den Haag, AEK Larnaca, FC Cartagena, FC Andorra, serta Guangxi Pingguo Haliao dalam Liga Satu China sebelum menyertai Portimonense yang merupakan bekas kelab Safawi Rasid pada Februari lalu.

Iklan

Sebagai seorang pemain serba boleh, Hevel mampu beraksi di posisi tengah serta tengah menyerang jika diperlukan.

Graduan akademi Den Haag ini pernah menyarung jersi skuad Belanda Bawah 20 Tahun (B-20), termasuk mencatat dua penampilan dalam aksi persahabatan pada 2015.

Iklan

Sebelum ini, ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menjelaskan bahawa tiada pemain warisan dalam senarai awal 27 pemain yang diumumkan pada Khamis lalu kerana proses dokumentasi masih dalam peringkat akhir.

Namun, beliau memberi bayangan bahawa tiga pemain warisan baharu akan diumumkan minggu depan selepas semua urusan dokumentasi selesai.

Sekiranya segala proses berjalan lancar, kehadiran Hevel dijangka menambah lebih banyak pilihan buat Cklamovski di bahagian tengah.