Malas nak bising-bising - Tunku Mahkota Ismail

Iklan
Tunku Mahkota Ismail berkongsi status pemain warisan skuad bola sepak negara. Foto Instagram hrhcrownprinceofjohor Tunku Mahkota Ismail berkongsi status pemain warisan skuad bola sepak negara. Foto Instagram hrhcrownprinceofjohor
Tunku Mahkota Ismail berkongsi status pemain warisan skuad bola sepak negara. Foto Instagram hrhcrownprinceofjohor

TEKA-TEKI mengenai pemain warisan baharu yang bakal menyarung jersi skuad negara terjawab apabila dikhabarkan calon itu sudah melaporkan diri akhir bulan lalu.

Perkembangan tersebut dikongsi oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerusi catatan di laman sosial pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Baginda menjelaskan bahawa status pemain warisan itu ketika ini dalam proses menunggu kelulusan daripada kerajaan.

"31 Januari semua sudah lapor. Cuma menunggu kelulusan kerajaan saja.

Iklan

"Malas nak bising-bising," catat baginda menerusi Insta Story.

Ia memaparkan foto Tunku Mahkota Ismail bersama beberapa individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend.

Iklan

Satu lagi gambar ialah jurulatih skuad negara, Peter Cklamovski bersama individu dipercayai Hector Hevel memegang jersi Harimau Malaya.

Hevel merupakan pemain tengah kelab Portugal, Portimonese SC yang disebut-sebut bakal menjadi salah seorang pemain warisan baharu skuad negara.

Portimonese SC yang juga bekas kelab Safawi Rasid sebelum ini memaklumkan Hevel mendapat panggilan dari Malaysia.

Perkongsian di laman sosial kelab itu seolah mendedahkan Hevel sebagai pemain warisan Malaysia dari Belanda.

Friend menerusi laporan media memberitahu proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda berada di peringkat akhir, manakala tiga lagi pemain dalam proses mendapatkan kerakyatan.

Malah Cklamovski dalam sidang media pada Khamis mendedahkan bahawa pemain warisan baharu akan diumumkan minggu depan selepas semua proses dokumentasi selesai.