Pesawat terbakar selepas mendarat, 12 cedera

Iklan
Penumpang berdiri di atas sayap pesawat American Airlines ketika mereka dipindahkan selepas pesawat itu terbakar di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Colorado. - AFP Penumpang berdiri di atas sayap pesawat American Airlines ketika mereka dipindahkan selepas pesawat itu terbakar di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Colorado. - AFP
Penumpang berdiri di atas sayap pesawat American Airlines ketika mereka dipindahkan selepas pesawat itu terbakar di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Colorado. - AFP

WASHINGTON – Sebuah pesawat American Airlines terbakar selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Colorado, pada Khamis, menyebabkan 12 penumpang cedera dan dikejarkan ke hospital.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) memaklumkan, pesawat Boeing 737-800 itu dalam perjalanan dari Colorado ke Dallas-Fort Worth sebelum terpaksa dilencongkan ke Denver selepas kru melaporkan mengalami"getaran enjin".

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan FAA, kebakaran berlaku ketika pesawat sedang bergerak ke pintu masuk terminal, menyebabkan semua 172 penumpang dan enam kru diarah keluar menggunakan gelongsor kecemasan.

Video kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kepulan asap tebal di sekitar pesawat berhampiran terminal, dengan beberapa penumpang dilihat berdiri di atas sayap sementara pasukan kecemasan tiba.

Iklan

Lapangan Terbang Antarabangsa Denver dalam kenyataan di platform X mengesahkan semua penumpang berjaya dikeluarkan dengan selamat, namun 12 daripadanya mengalami kecederaan ringan.

FAA memaklumkan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden itu. - AFP

Iklan