Pemandu Singapura mabuk dipenjara dua hari, denda RM12,000

Iklan
Tertuduh (dua dari kiri) diiringi polis ketika tiba di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Jumaat. Tertuduh (dua dari kiri) diiringi polis ketika tiba di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Jumaat.
Tertuduh (dua dari kiri) diiringi polis ketika tiba di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Jumaat.

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga Singapura, Daniel Sim Kok Siong, 46, dijatuhi hukuman penjara dua hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol.

Pengakuan bersalah itu dibuat di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid, dengan pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing di Singapura, dipenjara selama tujuh bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Menurut kertas pertuduhan, Daniel memandu sebuah kereta dengan kandungan alkohol sebanyak 165 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah, iaitu melebihi had ditetapkan 50mg dalam 100ml darah.

Iklan

Kejadian berlaku pada 5 Mac lalu, kira-kira jam 10 malam, di sebuah restoran di Jalan Dato' Abdullah Tahir, Johor Bahru.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda sehingga RM30,000, jika sabit kesalahan.

Iklan

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, memohon maaf kepada mahkamah, menyatakan keinsafan, dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya.

Majistret kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara dua hari serta denda RM12,000. Hak tertuduh untuk memiliki lesen memandu tempatan turut dilucutkan selama dua tahun, bermula tarikh sabitan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Tasnim Saleh.