Amaran ribut petir hampir di seluruh negara hingga jam 7 malam ini

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negara hingga jam 7 malam ini - Gambar hiasan MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negara hingga jam 7 malam ini - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negara hingga jam 7 malam ini - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir seluruh negara hingga jam 7 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Di Kedah, kawasan terlibat meliputi Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim serta Bandar Baharu manakala keadaan sama juga diramal berlaku di Pulau Pinang dan Perak.

Iklan
Iklan

Di Kelantan, ia melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang; Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin) serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang).

Selain itu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Iklan

Di Sarawak, cuaca sama dijangka melanda Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang) manakala di Sabah melibatkan Tawau (Lahad Datu). - Bernama

Iklan