Puad Zarkashi dakwa keahlian Tengku Zafrul dalam PKR berstatus ‘pending’

Iklan
Tengku Zafrul (kiri), Mohd Puad Tengku Zafrul (kiri), Mohd Puad
Tengku Zafrul (kiri), Mohd Puad

SHAH ALAM - Keahlian Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa masih berstatus ‘pending’ selepas hasratnya untuk menyertai parti itu terbongkar lebih awal.

MKT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, ini kerana PKR yang juga salah sebuah parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bimbang dituduh ‘menikam belakang’ UMNO, menyebabkan penyertaan Tengku Zafrul dalam parti itu tergantung.

Iklan
Iklan

"Bukan rahsia bahawa Tengku Zafrul mahu menyertai PKR, tetapi tersangkut di tengah jalan kerana perkara itu bocor lebih awal.

Pada Rabu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Zafrul telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya, minggu lepas.

Iklan

Ahmad Zahid bagaimanapun berkata, beliau telah menasihati Pelabur dan Tokoh Korporat Malaysia itu untuk tidak membuat keputusan tergesa-gesa dan setakat ini, Tengku Zafrul masih lagi ahli UMNO.

Sementara itu, Tengku Zafrul dalam kenyataan balasnya berkata, beliau telah berbincang bersama Ahmad Zahid mengenai kedudukannya dalam UMNO dan menerima nasihat Timbalan Perdana Menteri itu dengan hati terbuka.

Iklan

Mohd Puad turut memberi amaran bahawa UMNO bukan tempat persinggahan atau transit politik bagi mana-mana individu yang mahu menggunakan parti itu untuk kepentingan peribadi.

Menurutnya, meskipun terdapat spekulasi kuat bahawa Tengku Zafrul mahu meninggalkan UMNO, beliau masih tidak membuat keputusan muktamad malah tidak hadir dalam beberapa mesyuarat MKT termasuk yang diadakan pada dua hari lalu.

"Kenapa dia mahu keluar UMNO? Adakah kerana beliau ingin jawatan menteri Kabinet kekal? Sejujurnya, UMNO tidak kisah sekiranya dia mahu pergi.

"Jangan mainkan UMNO, parti ini bukan transit politik,” tegas Mohd Puad.