KUALA LUMPUR - Enam kilang dan sebuah gudang terbakar dalam kejadian di Taman Industri Puchong, Selangor pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.40 pagi sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikerahkan ke lokasi kejadian.