SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat Sapura Energy Berhad (Sapura Energy).
Menurut sumber, tindakan itu diambil selepas SPRM menerima maklumat mengenai pembayaran rasuah dan tuntutan mencurigakan yang dikaitkan dengan syarikat berkenaan.
Iklan
Iklan
"Siasatan ini susulan siasatan awal yang telah dibuka pada penghujung 2023, yang turut melibatkan beberapa tuntutan kewangan syarikat tersebut," katanya pada Jumaat.
Menurutnya, siasatan tertumpu kepada kegiatan pengubahan wang haram serta penyelewengan tuntutan sekitar tahun 2018 ketika syarikat itu masih dikenali sebagai Sapura Kencana Petroleum Berhad.
"Selain jenayah rasuah, siasatan juga akan memberi fokus kepada kelemahan tatakelola serta isu pengurusan dalam syarikat berkenaan," katanya pada Jumaat.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta SPRM 2009.
Beliau turut memaklumkan bahawa siasatan turut dijalankan mengikut Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.