Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara, termasuk Switzerland dan New Zealand

Iklan
Populasi warga emas Turkiye seramai 9.1 juta orang melebihi jumlah penduduk 96 negara, termasuk Switzerland, Denmark, Ireland, New Zealand dan Armenia - Foto: Agensi Populasi warga emas Turkiye seramai 9.1 juta orang melebihi jumlah penduduk 96 negara, termasuk Switzerland, Denmark, Ireland, New Zealand dan Armenia - Foto: Agensi
Populasi warga emas Turkiye seramai 9.1 juta orang melebihi jumlah penduduk 96 negara, termasuk Switzerland, Denmark, Ireland, New Zealand dan Armenia - Foto: Agensi
ANKARA - Populasi warga emas Turkiye seramai 9.1 juta orang melebihi jumlah penduduk 96 negara, termasuk Switzerland, Denmark, Ireland, New Zealand dan Armenia, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jumlah penduduk Turkiye pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas, menurut angka daripada Institut Statistik Turkiye (TurkStat) yang disusun oleh AA.

Di peringkat global, warga emas merangkumi 10.2 peratus daripada 8.1 bilion penduduk dunia tahun lepas.

China mencatatkan jumlah warga emas tertinggi di dunia dengan 208.1 juta orang, diikuti India (103.7 juta) dan Amerika Syarikat (61.9 juta).

Monaco mempunyai peratusan tertinggi warga emas, merangkumi 36.2 peratus daripada jumlah penduduknya seramai 38,631 orang, diikuti Jepun (29.8 peratus), Itali (24.6 peratus), Portugal (24.5 peratus) dan Greece (23.9 peratus).

Sebaliknya, Qatar mempunyai nisbah penduduk warga emas terendah pada kadar 1.7 peratus, diikuti Emiriah Arab Bersatu (1.8 peratus), Zambia (1.9 peratus), Chad dan Sudan (2.1 peratus) serta Republik Afrika Tengah (2.2 peratus). - Bernama