11 aduan pencemaran Sungai Lereh dilaporkan sejak November tahun lalu

Iklan
Sebanyak 11 aduan berkaitan pencemaran di Sungai Lereh di sini dilaporkan komuniti dan nelayan di kawasan berhampiran dalam tempoh 8 November tahun lepas hingga 1 Mac tahun ini. - Bernama Sebanyak 11 aduan berkaitan pencemaran di Sungai Lereh di sini dilaporkan komuniti dan nelayan di kawasan berhampiran dalam tempoh 8 November tahun lepas hingga 1 Mac tahun ini. - Bernama
Sebanyak 11 aduan berkaitan pencemaran di Sungai Lereh di sini dilaporkan komuniti dan nelayan di kawasan berhampiran dalam tempoh 8 November tahun lepas hingga 1 Mac tahun ini. - Bernama

MELAKA - Sebanyak 11 aduan berkaitan pencemaran di Sungai Lereh di sini dilaporkan komuniti dan nelayan di kawasan berhampiran dalam tempoh 8 November tahun lepas hingga 1 Mac tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong berkata, pencemaran yang berlaku melibatkan air sungai berwarna hitam dan berbau busuk, sekali gus menjejaskan aktiviti perikanan melibatkan kira-kira 85 nelayan di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, nelayan yang menangkap ikan di sungai itu juga dilaporkan mengalami gatal pada kulit selain mengalami penyakit kulit lain apabila terkena air sungai.

"Pencemaran Sungai Lereh ini dikesan dalam tempoh agak lama dan ia semakin serius sejak kebelakangan ini... Sebagai contoh pada Disember tahun lepas sahaja empat aduan pencemaran dilaporkan.

Iklan

"Kita mengenal pasti beberapa punca yang menyebabkan pencemaran di sungai itu, antaranya dari tapak pelupusan sampah di Sungai Udang dan kawasan industri berhampiran,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Sungai Lereh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya difahamkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil sampel air sungai setiap kali insiden itu dilaporkan berlaku dan menjalankan analisis bagi mengenal pasti punca sebenar tetapi butiran lanjut tidak didedahkan setakat ini.

Iklan

Justeru, pihak berkuasa termasuk JAS digesa mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang bertanggungjawab melakukan pencemaran secara sengaja atau tidak sengaja agar kejadian sama tidak berulang kerana ia boleh merosakkan ekosistem sedia ada.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Komuniti Nelayan Sungai Lereh Zahnudin Aluwi berkata pencemaran di sungai itu dikesan berlaku sejak 2023, sekali gus menjejaskan sumber pendapatan nelayan kerana hasil perikanan turut terjejas.

Beliau berkata antara sumber perikanan yang dikesan terjejas adalah ikan belanak dan udang galah.

"Jadi, kami komuniti nelayan Sungai Lereh sangat berharap isu pencemaran ini dapat dinoktahkan agar kami dapat meneruskan aktiviti perikanan seperti sebelum ini dan dapat meningkatkan semula pendapatan kami,” katanya.- Bernama