Sze Fei-Nur Izzuddin dedah punca tewas di Seluruh England

Iklan
Nur Izzuddin (kiri) dan Sze Fei mahu mengalih fokus kepada Terbuka Swiss minggu depan. Nur Izzuddin (kiri) dan Sze Fei mahu mengalih fokus kepada Terbuka Swiss minggu depan.
Nur Izzuddin (kiri) dan Sze Fei mahu mengalih fokus kepada Terbuka Swiss minggu depan.

BEREGU lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mendedahkan punca mereka tewas pada pusingan kedua Seluruh England kepada pasangan Korea Selatan yang baru digandingkan awal tahun ini.

Pasangan nombor dua dunia itu tumpas straight set kepada Seo Seung-jae dan Kim Won-ho 21-16, 21-13 dalam tempoh 36 minit permainan di Utilita Arena, Birmingham pada awal pagi Jumaat.

Iklan
Iklan

Sze Fei mengakui bahawa mereka bergelut untuk mengikut rentak pasangan lawan yang mengawal permainan dengan sangat baik.

"Mereka lebih pantas daripada kami dan mengawal rentak permainan. Saya tidak memainkan peranan saya di hadapan (bahagian jaring) dengan baik.

Iklan

"Saya berusaha keras untuk mencipta peluang serangan untuk Nur Izzuddin, tetapi tidak berhasil,” katanya.

Perlawanan tersebut juga merupakan aksi ulangan kedua-dua pasangan yang pernah bertemu pada perlawanan akhir Terbuka India Januari lalu.

Iklan

Dalam aksi final itu, keputusan berpihak kepada Nur Izzuddin-Sze Fei yang muncul juara menerusi kemenangan 21-15, 13-21, 21-16.

Nur Izzuddin juga memberitahu bahawa gandingan Korea Selatan itu seakan sudah dapat membaca gaya permainan mereka.

"Pasangan lawan menyekat strategi kami dari awal. Malah mereka tidak banyak melakukan pukulan tinggi yang menyukarkan kami untuk menyerang,” katanya.

Sze Fei-Nur Izzuddin selepas ini akan memberi fokus kepada Terbuka Swiss yang bermula pada 18 hingga 23 Mac.