Naik taraf cip keselamatan MyKad

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kejayaan JPN menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen sijil kelahiran dalam Ops Tumpang yang dijalankan serentak di empat negeri pada Selasa lalu. Gambar kecil: Choong Fook Laporan Sinar Harian berhubung kejayaan JPN menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen sijil kelahiran dalam Ops Tumpang yang dijalankan serentak di empat negeri pada Selasa lalu. Gambar kecil: Choong Fook
Laporan Sinar Harian berhubung kejayaan JPN menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen sijil kelahiran dalam Ops Tumpang yang dijalankan serentak di empat negeri pada Selasa lalu. Gambar kecil: Choong Fook

SHAH ALAM - Kerajaan perlu menaik taraf cip keselamatan dengan teknologi enkripsi yang canggih dan sukar untuk digodam atau diklonkan pada MyKad sebagai usaha membanteras sindiket pemalsuan kad pengenalan.

Pakar keselamatan siber, Fong Choong Fook berkata, ciri biometrik tambahan seperti cap jari, imbasan retina dan wajah selain penggunaan teknologi blockchain bagi memastikan integriti data serta rekod yang tidak boleh diubah atau dimanipulasi juga mesti dipertingkatkan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, keperluan menaik taraf ciri keselamatan pada MyKad amat mendesak memandangkan pelaku di sebalik sindiket kebiasaannya akan mencari alternatif lain.

"Selain itu, cipta hologram keselamatan lebih kompleks dan teknologi near field communication (NFC) menerusi telefon pintar untuk pengesahan MyKad.

Iklan

"Saya fikir kerajaan perlu gubal undang-undang lebih tegas kerana hukuman sedia ada mungkin tidak mencukupi untuk menakutkan pesalah.

"Kenakan hukuman lebih berat seperti denda dan penjara mandatori kepada mereka. Tubuh juga undang-undang baharu merangkumi hukuman keras terhadap pegawai kerajaan mahupun individu yang mempunyai akses terhadap sistem MyKad, tetapi salah guna kuasa serta bersubahat dalam jenayah ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan tindakan seorang lelaki mencetak dan menjual kad pengenalan palsu pada harga RM4,000 hingga RM5,000 akhirnya membawa padah apabila dia terpaksa meringkuk dalam penjara selama 13 bulan.

Dalam pada itu, Choong Fook berpandangan, kerajaan mesti memperkukuh prosedur pengeluaran MyKad dengan lebih teliti dan dipantau secara ketat termasuk pelaksanaan audit berkala.

Tambahnya, pihak berwajib juga mesti mengadakan semakan latar belakang secara menyeluruh terhadap pegawai yang terlibat dalam proses pengeluaran MyKad.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengesyorkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan analisis big data bagi mengesan paten mencurigakan dalam sistem permohonan MyKad serta aktiviti berkaitan.

"Galakkan kerjasama rapat antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi keselamatan siber untuk membanteras sindiket ini.

"Di samping itu, sediakan latihan berterusan kepada pegawai kerajaan mengenai risiko keselamatan siber dan integriti serta anjurkan kempen kesedaran awam tentang akibat memiliki atau menggunakan dokumen palsu,” ujarnya.