Agrobank lancar filem pendek terbaharu ‘Terimalah Mama dan Papa’

Iklan
Dari kiri; Sabri, Ahmad Badli, Yunos, Jessie Lim dan Angeline Tan pada tayangan perdana ‘Terimalah Mama dan Papa’ di Dadi Cinema, Pavillion pada Jumaat. Dari kiri; Sabri, Ahmad Badli, Yunos, Jessie Lim dan Angeline Tan pada tayangan perdana ‘Terimalah Mama dan Papa’ di Dadi Cinema, Pavillion pada Jumaat.
Dari kiri; Sabri, Ahmad Badli, Yunos, Jessie Lim dan Angeline Tan pada tayangan perdana ‘Terimalah Mama dan Papa’ di Dadi Cinema, Pavillion pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Agrobank bekerjasama dengan pengarah dan pelakon terkenal, Sabri Yunus bagi menjayakan filem web pendek terbaharu sempena Aidilfitri, ‘Terimalah Mama dan Papa’ di Dadi Cinema, Pavillion pada Jumaat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, filem pendek berdurasi lapan minit itu menekankan konsep yang berlainan dengan mengetengahkan kisah sepasang suami isteri mualaf merindui anak mereka yang telah lama tidak pulang ke kampung halaman.

Iklan
Iklan

Menurutnya, filem web ‘Terimalah Mama dan Papa’ sarat dengan elemen kekeluargaan dan membawa penonton menyelami perasaan individu bergelar ‘Cina mualaf’ yang pada dasarnya kurang diterima masyarakat.

"Filem web ini membawa mesej yang mendalam tentang nilai kekeluargaan. Pemilihan tema umum ini sangat bertepatan dengan semangat Aidilfitri untuk bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturahim.

Iklan

"Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak adalah abadi dan tidak pernah pudar walau apa jua perbezaan yang wujud.

"Oleh itu, filem ini mengingatkan anak-anak akan kewajipan mereka untuk sentiasa berbakti dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa,” katanya pada sidang media pada Jumaat.

Iklan

Majlis tayangan perdana filem web berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Agrobank, Datuk Yunos Abd Ghani. Turut hadir, pengurusan kanan Agrobank serta barisan pelakon termasuk pelakon utama Angeline Tan dan Jessie Lim.

Sementara itu, Sabri berkata, idea penghasilan filem itu diinspirasikan daripada kisah benar yang pernah dilaluinya.

"Ada dalam kalangan mualaf yang tidak diterima keluarga dan anak-anak. Jadi, kita ingin menampilkan nilai kasih sayang sempena Aidilfitri agar masyarakat lebih memahami pengorbanan mereka,” ujarnya.

Filem pendek Aidilfitri berjudul 'Terimalah Mama dan Papa' boleh ditonton menerusi platform media sosial Agrobank bermula 14 Mac.