Konsep Bazar Ramadan Rahmah diperluas ke pasar malam - Fuziah

Iklan
Fuziah melawat gerai yang menawarkan menu Rahmah ketika mengadakan lawatan ke BRR peringkat Zon Timur di bazar Ramadan Mahkota Square pada petang Jumaat. Fuziah melawat gerai yang menawarkan menu Rahmah ketika mengadakan lawatan ke BRR peringkat Zon Timur di bazar Ramadan Mahkota Square pada petang Jumaat.
Fuziah melawat gerai yang menawarkan menu Rahmah ketika mengadakan lawatan ke BRR peringkat Zon Timur di bazar Ramadan Mahkota Square pada petang Jumaat.

KUANTAN - Konsep Bazar Ramadan Rahmah (BRR) akan diperluaskan ke pasar malam bagi memastikan manfaat kepada pengguna dan peniaga dapat diteruskan selepas Ramadan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr Fuziah Salleh berkata, pihaknya melihat potensi untuk memperluaskan program ini ke pasar malam selepas ia menunjukkan kejayaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Iklan
Iklan

"Jadi, Insya-ALLAH saya lihat ia (BRR) akan menjadi satu program yang lebih mantap dan saya yakin selepas ini kita mungkin boleh sambung ke pasar malam pula.

"Kalau kita sudah siapkan sistem dan ada sistem yang bagus, sukarelawan, aplikasi, mungkin kita boleh teruskan dengan menyelamatkan makanan di pasar malam pula," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke BRR peringkat Zon Timur di bazar Ramadan Mahkota Square di sini pada petang Jumaat.

Dr Fuziah turut memaklumkan, jumlah BRR meningkat kepada 95 lokasi tahun ini, berbanding 64 tahun lalu dan hanya 41 pada 2023.

Iklan

Di Pahang, enam lokasi telah dibuka iaitu di Mahkota Square (Kuantan), Taman Temerloh Jaya (Temerloh), Bandar Jerantut, Muadzam Shah, Dataran Kerayong (Bera), dan Bandar Raub.

Beliau menambah, peniaga yang menawarkan Menu Rahmah diberikan kad insentif menu rahmah bagi membolehkan peniaga mendapatkan barangan dalam kuantiti lebih banyak berbanding biasa ketika Jualan Rahmah.

Jelasnya, kad diskaun khas itu boleh digunakan untuk pembelian sepanjang bulan puasa dan selepas Ramadan peniaga boleh ke KPDN negeri untuk meneruskannya.

"Selalu di Jualan Rahmah, kalau beli minyak biasanya hanya boleh dibeli tiga peket, tetapi dengan kad diskaun ini, jumlahnya meningkat hingga 10 peket.

"Daging, ayam juga boleh dibeli dalam kuantiti lebih banyak kerana had pembelian lebih tinggi, ini sekali gus membantu peniaga Menu Rahmah," jelasnya yang memaklumkan terdapat 28 BBR di bazar Ramadan Taman Mahkota Square.

Dalam perkembangan lain, Fuziah memaklumkan KPDN kini bekerjasama dengan platform ReMeal bagi mengumpul data jumlah makanan yang berjaya diselamatkan daripada pembaziran di bazar Ramadan.

Menurutnya, inisiatif ini menambah nilai dalam usaha mengurangkan pembaziran makanan yang tidak terjual.

"Dengan apikasi ReMeal, kita boleh tahu berapa banyak makanan yang berjaya diselamatkan serta lokasi bazar Ramadan yang terlibat.

"Platform ini turut menawarkan semula makanan tersebut pada harga diskaun,” katanya.

Beliau menambah, kejayaan program ini bergantung kepada platform digital dan sokongan sukarelawan.

"Setakat ini, MySaveFood telah menyelamatkan 36,292.2 kilogram (kg) makanan, termasuk 12,691.16 kg oleh pengguna siswa dari 68 institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya.