4 warga asing ditahan, arak seludup bernilai RM600,000 dirampas

Iklan
Antara arak seludup yang dirampas dalam Op Taring Alpha 2 di sebuah rumah di Taman Daya, Johor Bahru pada Jumaat. Antara arak seludup yang dirampas dalam Op Taring Alpha 2 di sebuah rumah di Taman Daya, Johor Bahru pada Jumaat.
Antara arak seludup yang dirampas dalam Op Taring Alpha 2 di sebuah rumah di Taman Daya, Johor Bahru pada Jumaat.

JOHOR BAHRU - Empat warga asing ditahan dan 342 karton minuman keras pelbagai jenama bernilai RM600,000 turut dirampas dalam serbuan di Taman Daya di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, serbuan menerusi Op Taring Alpha 2 sekitar jam 6.30 petang itu berjaya melumpuhkan kegiatan penyimpanan dan penjualan minuman keras seludup.

Iklan
Iklan

"Hasil serbuan itu, polis berjaya merampas 342 karton pelbagai jenama minuman keras yang dipercayai tidak bercukai, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM600,000.

"Polis turut menahan empat warga asing termasuk seorang wanita, kesemua mereka berasal dari India, Bangladesh dan Indonesia," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Mengulas lanjut, Raub memaklumkan, hasil semakan mendapati kesemua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Menurutnya, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 20 Mac bagi membantu siasatan.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang larangan atau tidak bercukai dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan agar menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menerusi talian 07-2182323," katanya.