Slot buru piala pertama bersama Liverpool

Iklan
Arne Slot. Foto AFP Arne Slot. Foto AFP
Arne Slot. Foto AFP

LIVERPOOL berpeluang merangkul trofi pertama di bawah kendalian Arne Slot apabila berdepan Newcastle United dalam perlawanan akhir Piala Liga Inggeris di Wembley pada awal pagi Isnin.

Skuad The Reds turun dengan misi menebus kekecewaan selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara di tangan Paris Saint-Germain (PSG) menerusi penentuan penalti di Anfield, Rabu lalu.

Iklan
Iklan

Kekalahan 1-4 dalam penentuan penalti itu merupakan tamparan buat Liverpool, namun secara keseluruhan, musim pertama Slot di Anfield boleh dikatakan cukup berjaya.

Ketika ini, Liverpool juga mendahului saingan Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 15 mata di puncak liga.

Iklan

Namun, sebelum itu, pengendali dari Belanda tersebut mahu memastikan satu lagi trofi Piala Liga dapat dibawa pulang ke Anfield.

Liverpool merupakan pemegang rekod 10 kali juara Piala Liga dan juara bertahan setelah menewaskan Chelsea dalam aksi final musim lalu. Jika menang kali ini, ia akan menjadi kejayaan ketiga mereka dalam tempoh empat tahun.

Iklan

"Anda bermain dalam perlawanan seperti ini untuk menang, dan itu yang kami akan cuba lakukan," kata Slot yang perlu mengharungi final ini tanpa tonggak pertahanan kanan, Trent Alexander-Arnold, yang mengalami kecederaan.

Slot yang bakal membuat kunjungan pertama ke Wembley berharap pasukannya dapat bangkit segera selepas kegagalan dalam saingan Liga Juara-Juara.

"Ini adalah satu peluang yang hebat, lebih-lebih lagi selepas kekalahan kepada PSG. Mungkin ini adalah perlawanan yang paling sesuai untuk kami bangkit kembali," katanya.