Stok mercun RM14,000 untuk sambutan Aidilfitri dirampas

Iklan
Antara stok mercun yang dirampas dalam serbuan di pangkalan haram Lan Bundle di Rantau Panjang pada Khamis. Foto PGA Antara stok mercun yang dirampas dalam serbuan di pangkalan haram Lan Bundle di Rantau Panjang pada Khamis. Foto PGA
Antara stok mercun yang dirampas dalam serbuan di pangkalan haram Lan Bundle di Rantau Panjang pada Khamis. Foto PGA

RANTAU PANJANG - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu merampas pelbagai jenis stok mercun dipercayai untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri bernilai RM14,000 dalam serbuan di pangkalan haram Lan Bundle di sini pada Khamis.

Tangkapan dan rampasan pada jam 9.45 malam itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan selepas PGA mengesan sebuah kereta Proton Wira Aeroback dalam keadaan mencurigakan.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta itu membawa kepada penemuan pelbagai jenis mercun.

Kereta Proton Wira Aeroback yang ditahan sehingga membawa kepada penemuan pelbagai jenis mercun. Kereta Proton Wira Aeroback yang ditahan sehingga membawa kepada penemuan pelbagai jenis mercun.
Kereta Proton Wira Aeroback yang ditahan sehingga membawa kepada penemuan pelbagai jenis mercun.

Iklan

Katanya, mercun tersebut disyaki diseludup masuk dari Thailand untuk pasaran tempatan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Iklan

"Hasil rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara.