Lebih 500,000 wanita berjaya dapat kerja menerusi MYFutureJobs

Iklan
Industri profesional, saintifik dan teknikal yang menawarkan kadar upah kedua tertinggi juga turut dipelopori golongan wanita. Foto 123rf/foto hiasan Industri profesional, saintifik dan teknikal yang menawarkan kadar upah kedua tertinggi juga turut dipelopori golongan wanita. Foto 123rf/foto hiasan
Industri profesional, saintifik dan teknikal yang menawarkan kadar upah kedua tertinggi juga turut dipelopori golongan wanita. Foto 123rf/foto hiasan

KUALA LUMPUR - Sejumlah 578,491 wanita berjaya ditempatkan dalam pelbagai industri menerusi dapatan perangkaan portal pekerjaan negara seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tempoh 2020 hingga 28 Februari lalu.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, penempatan kerjaya menerusi program MYFutureJobs bagi industri pendidikan dan kesihatan turut menyaksikan golongan itu mengatasi lelaki dengan kadar lebih dua kali ganda.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 24,487 wanita berjaya ditempatkan dalam industri pendidikan berbanding 9,600 lelaki manakala industri kesihatan merekodkan 27,415 wanita berbanding 10,486 lelaki bagi tempoh sama.

"Industri profesional, saintifik dan teknikal yang menawarkan kadar upah kedua tertinggi juga turut dipelopori golongan wanita.

Iklan

"Bagi ketiga-tiga industri itu, seramai 29,906 wanita telah ditawarkan pekerjaan berbanding 29,784 lelaki bagi tempoh sama," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, PERKESO sebagai tonggak pelaksanaan program rangsangan pasaran buruh akan meneruskan usaha mengurangkan kadar pengangguran negara.

Iklan

Abdul Rahman menjelaskan, usaha tersebut menjadi tonggak agensi itu menerusi MYFutureJobs bagi membantu pencari kerja termasuk wanita agar berdaya saing selain mempunyai kebolehpasaran untuk ditempatkan dalam pelbagai sektor serta industri.

"Meskipun data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bilangan penganggur di Malaysia menyusut kepada 533,800 orang pada Januari 2025, usaha berterusan perlu digarap bagi memastikan angka ini terus merekodkan pola penurunan," ujarnya.

Sementara itu beliau memaklumkan, penganjuran karnival kerjaya EmpowerHer Career Fair di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 14 dan 15 Mac menyediakan sebanyak 5,000 kekosongan jawatan melibatkan 38 majikan dari dalam dan luar negara.

Antara majikan yang terlibat adalah Jabatan Peguam Negara, Malaysia Aviation Group (MAG), Air Asia, Airbus Helicopters Malaysia, Baker Hughes, IHH Healthcare Malaysia, UiTM Private Specialist Centre dan Robert Bosch Sdn Bhd.