Geng berparang samun syarikat penghantaran, larikan wang tunai RM46,000

Iklan
Tangkap layar video tular yang memaparkan suspek mengacu parang kepada petugas di hub syarikat penghantaran berkenaan di Meru, Klang pada Jumaat. Tangkap layar video tular yang memaparkan suspek mengacu parang kepada petugas di hub syarikat penghantaran berkenaan di Meru, Klang pada Jumaat.
Tangkap layar video tular yang memaparkan suspek mengacu parang kepada petugas di hub syarikat penghantaran berkenaan di Meru, Klang pada Jumaat.

KLANG - Sekumpulan penjenayah bertopeng yang bersenjatakan parang melarikan wang tunai RM46,000 selepas menyamun sebuah hub pengumpulan dan pengoperasian syarikat penghantaran di Meru di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, laporan kejadian itu dibuat seorang wanita berusia 21 tahun yang juga kerani syarikat terbabit pada jam 1.19 petang.

Iklan
Iklan

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.26 tengah hari semasa proses pengiraan wang tunai di hub tersebut.

"Kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Bezza warna biru disyaki menggunakan nombor plat palsu tiba di lokasi.

Iklan

"Tiga suspek bertopeng dan bersenjatakan parang kemudian melarikan wang tunai RM46,000," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Iklan

Katanya lagi, usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Vijaya Rao Vijaya Rao
Vijaya Rao

Tegasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Fazlan Rezza di talian 011-10561017.

Kejadian itu turut tular di media sosial menerusi satu rakaman video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 46 saat memaparkan tiga suspek mengacukan parang kepada petugas di hub terbabit.