KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak, dengan hujan lebat dijangka berlaku dari 18 hingga 20 Mac ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.