Lubang benam di Jalan Gua Musang-Lojing, laluan ditutup sepenuhnya

Iklan
Antara lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang, Kelantan, FB JKR Kelantan

KOTA BHARU - Satu lagi lubang benam berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok pada awal pagi tadi, hanya tujuh meter dari lokasi kejadian sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang. Superintenden Sik Choon Foo berkata, laluan terbabit kini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan atas nasihat Jabatan Kerja Raya.

Iklan
Iklan

"Lubang benam ini berlaku dari arah Gua Musang ke Cameron Highlands dan dianggarkan sedalam lima meter,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya yang ingin ke Cameron Highlands atau Ipoh, Perak supaya menggunakan laluan alternatif, iaitu melalui Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Tapah-Ipoh dan Gua Musang-Sungai Koyan-Ringlet-Cameron Highlands.

Iklan

Polis mengingatkan kepada orang ramai agar berhati-hati dan mengikuti perkembangan terkini mengenai kerja-kerja pembaikan.

Pada November tahun lepas, satu kejadian lubang benam sedalam enam meter berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang-Lojing dan sebulan selepas itu, berlaku kejadian lubang benam kedua yang mencecah kedalaman sembilan meter, hanya lima meter dari lokasi pertama. - Bernama

Iklan