PETALING JAYA – Polis telah membuka kertas siasatan berkaitan dakwaan seorang pembantu pengurusan murid mengasari seorang pelajar autisme berusia tujuh tahun di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya, di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di aplikasi TikTok yang memaparkan kejadian tersebut pada jam 3 petang, Sabtu.
Iklan
Iklan
"Susulan itu, kita telah membuka satu kertas siasatan berhubung insiden tersebut. Setakat ini, Ibu mangsa telah dirakam keterangan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Shahrulnizam berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.