Arif Aiman nikmati banyak kejayaan berbanding Luqman Hakim

Iklan
Arif Aiman. Foto Bernama

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail tidak pernah memaksa mana-mana pemain termasuk Arif Aiman Hanapi untuk kekal bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) dan menolak peluang beraksi di luar negara.

Menurut Tunku Mahkota Ismail, ia terpulang kepada Arif Aiman sekiranya mahu berkelana ke luar negara dan baginda tidak pernah menghalang hasrat tersebut.

Iklan
Iklan

Namun, baginda yang juga pemilik JDT percaya Arif Aiman gembira bermain di JDT yang menyediakan fasiliti terbaik dan peluang beraksi di pentas tertinggi Asia iaitu Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).

"Saya tidak pernah paksa mana-mana pemain untuk kekal di sini. Tetapi, saya fikir dia gembira di sini kerana di sini bukan sahaja peluang terbaik untuk menang kejuaraan, tetapi juga peluang yang besar untuk beraksi dalam kejohanan tertinggi di Asia iaitu ACLE.

Iklan

"Jika pergi ke mana-mana pasukan yang biasa dalam luar negara, anda tidak boleh beraksi di ACLE. Bagi saya perkara yang bagus untuknya adalah kekal di sini.

"Ia bergantung kepada kebijaksanaan buat keputusan. Sebagai contoh ramai penyokong desak Safawi Rasid ke luar negara dan kerana mahu menjaga hati penyokong dia ke luar negara.

Iklan

"Tetapi, dia tidak sedar dia telah termakan umpan di mana karier bola sepaknya seperti sekarang. Sekarang hantar ke Terengganu dan semoga dia mendapat rentaknya kembali. Pintu JDT sentiasa terbuka untuknya jika mahu kembali. Tetapi, membuat keputusan yang bijak sangat kritikal dalam bola sepak," kata baginda.

Sebelum ini, khabar bertiup kencang beberapa pasukan dari luar negara berminat untuk mendapatkan khidmat Arif Aiman pada musim depan.

Tunku Mahkota Ismail turut memberikan contoh seorang lagi bintang muda negara Luqman Hakim Shamsudin yang sudah berkelana ke beberapa negara seperti Belgium, Iceland dan Jepun.

Baginda berkata, Arif Aiman lebih banyak menikmati kejayaan berbanding Luqman Hakim meskipun dia antara bintang muda yang diberikan perhatian.

"Apa yang berlaku kepada Luqman hari ini dan dan di mana Arif Aiman hari ini. Arif Aiman dah menang banyak kejuaraan, main ACLE, jaringkan gol, pramusim di Sepanyol dan fasiliti bola sepak terbaik.

"Luqman tak tahu berapa banyak perlawanan dah main satu tahun dan tiada kejuaraan sehingga hari ini. Kerana itu, penting untuk buat keputusan yang bijak.

"Saya rasa Arif Aiman buat keputusan yang bijak. Kalau dia dipengaruhi oleh penyokong untuk suruh main di luar negara,ia bergantung kepada di mana dia mahu bermain. Jika bermain di pasukan yang biasa, di luar negara buat apa.

"Lebih baik kat sini. Kat sini ada peluang untuk menang liga, insya-ALLAH ada peluang main di ACLE, stadium terbaik, fasiliti terbaik dan penyokong terbaik," kata baginda.