Kakitangan awam maut cuba elak lembu

Iklan
Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Gambar kecil: Zawawi Ngah

DUNGUN - Seorang kakitangan awam maut selepas motosikal ditunggang cuba mengelak sekawan lembu di kilometer 18.5 Jalan Paka- Al Muktaffi Billah Shah, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, Motosikal ditunggang Zawawi Ngah, 60 merempuh sebuah kereta selepas mangsa mengelak lembu yang sedang melintas jalan.

Iklan
Iklan

Mangsa yang juga kakitangan Jabatan Pertanian Hulu Paka maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian mangsa yang menunggang Honda EX5 dalam perjalanan dari Bandar AMBS menuju ke Ketengah Jaya.

Iklan

"Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa cuba mengelak dari merempuh sekawan lembu.

"Ketika mengelak motosikal mangsa terlanggar sisi kanan sebuah kereta sewa jenis Proton Wira dipandu Jasni Ab Wahab, 54, yang datang dari arah bertentangan.

Iklan

"Akibat perlanggaran tersebut, mangsa dikatakan tercampak beberapa meter ke atas jalan raya dan cedera parah di kepala," katanya.

Mayat mangsa yang sepatutnya bersara wajib pada Februari depan dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.