Undang-undang syariah masih relevan

Iklan
Undang-undang syariah masih relevan untuk menyelesaikan beberapa isu seperti kes perceraian tertangguh atau jenayah syariah yang semakin kerap dilaporkan pada hari ini. Gambar kecil: Musa Awang

SHAH ALAM - Undang-undang syariah masih relevan untuk menyelesaikan beberapa isu seperti kes perceraian tertangguh atau jenayah syariah yang semakin kerap dilaporkan pada hari ini.

Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, kelemahan dalam pelaksanaannya yang menjadi punca munculnya salah faham dan persepsi negatif walaupun hakikatnya, undang-undang sebenarnya bersifat dinamik dan mampu berkembang mengikut peradaban manusia.

Iklan
Iklan

"Ramai yang menganggap undang-undang Islam tidak boleh diubah sedangkan ia fleksibel dalam perkara tertentu bagi memastikan keadilan terus terjamin.

"Cuma hukum ‘qathi’ sahaja bermaksud tidak boleh diubah contohnya, solat lima waktu atau larangan riba seperti mana telah dijelaskan dalam al-Quran dan sunah tidak boleh dipertikaikan.

Iklan

"Sebaliknya, hukum ‘ghair al-qathi’ yang bersifat furu’ adalah fleksibel dan boleh disesuaikan dengan keadaan masyarakat serta keperluan semasa,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tonggak penghalang mesej kebenaran dalam ayat 8 Surah Al-Saff yang dipilih dalam penganjuran World #QuranHour pada tahun ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Musa mendakwa, isu utama kelemahan dalam penguatkuasaan sistem kehakiman syariah adalah kerana ia sering menjadi senjata politik oleh pihak tertentu.

Menurut beliau, terdapat sesetengah pihak seolah-olah ingin menunjukkan menguatkuasa undang-undang syariah atau mencari dan menghukum pesalah lebih utama berbanding perkara lain.

"Ada pihak lebih suka mencetuskan perdebatan panas mengenai hukuman syariah tetapi tidak berusaha memperkasakan institusi mahkamah syariah itu sendiri.

"Jika benar mahu mempertahankan undang-undang Islam, tumpuan seharusnya diberikan kepada memperkasakan infrastruktur atau menambah jumlah hakim dan pegawai,” katanya lagi.

Justeru, beliau menekankan bahawa penyelesaian sebenar bukan sekadar berdebat tentang kesesuaian undang-undang Islam tetapi melalui reformasi dalam sistem pelaksanaannya.

Katanya, antara langkah yang boleh diambil termasuk meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah, mempercepatkan proses perbicaraan serta memastikan keadilan dari aspek hak asasi dan kebajikan pihak yang terlibat.

"Ahli politik, pemegang taruh dan masyarakat perlu melihat undang-undang Islam secara menyeluruh. Jangan hanya melihatnya dari sudut hukuman semata-mata tetapi fahami juga keperluan untuk memperkasakan pelaksanaannya,” katanya.