Yayasan Peneraju tingkat pengambilan kursus profesional perakaunan, teknologi

Iklan
Rafizi

SHAH ALAM – Yayasan Peneraju akan meningkatkan jumlah pengambilan pelajar untuk kursus profesional tertentu dalam usaha melahirkan 100,000 profesional Bumiputera dalam bidang perniagaan, perakaunan dan teknologi menjelang 2030.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, agensi di bawah kementeriannya itu akan meningkatkan jumlah pengambilan untuk kursus profesional perakaunan melebihi satu kali ganda.

Iklan
Iklan

Beliau menambah, seramai 2,000 pengambilan akan ditawarkan bagi tahun ini berbanding sekitar 1,000 pengambilan pada tahun sebelumnya.

"Begitu juga untuk profesional Bumiputera dalam bidang teknikal, pengambilan akan ditingkatkan sekali ganda.

Iklan

"Bermula tahun depan, jumlah pengambilan yang ditawarkan bagi kelayakan profesional dan teknologi akan dilipatgandakan setiap tahun untuk mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya menerusi satu hantaran video di Facebook pada Sabtu.

Kongsi beliau, orang ramai boleh membuat semakan di https://yayasanpeneraju.com.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara itu.

Iklan

Rafizi juga memaklumkan, beliau memilih untuk melakukan kerja secara ‘diam-diam’, sekali gus melahirkan lebih ramai profesional Melayu bertauliah.

"Ada yang kuat berkokok membela Melayu, tetapi masa dia jadi kerajaan, hendak lahirkan 200 akauntan Melayu bertauliah sekalipun payah. Kuat berkokok, kerja tidak jalan," katanya.