Pelajar warga China ditemui mati dalam kolam kondominium

Iklan
Pegawai perubatan yang hadir mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto Bomba Perak

IPOH – Seorang remaja lelaki warga China ditemui mati dipercayai akibat lemas dalam kolam di sebuah kondominium dekat Meru Raya, di sini, pada Sabtu.

Panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh pada jam 9.22 malam, melibatkan mangsa berusia 17 tahun yang merupakan pelajar di sebuah sekolah antarabangsa di sini.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata lapan anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

Anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati mangsa berada dalam kolam berkedalaman 1.2 meter dalam keadaan melintang. - Foto Bomba Perak

Menurutnya, sebaik tiba, didapati mangsa berada dalam kolam berkedalaman 1.2 meter dalam keadaan melintang.

Iklan

"Anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan dengan mengambil mangsa dari dalam kolam dan memberikan rawatan bantuan awal pernafasan (CPR) sehingga pegawai perubatan tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, pegawai perubatan yang hadir mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Iklan

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi tamat pada jam 11.47 malam,” katanya.