BATU PAHAT – Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Yong Peng, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata mangsa, Mohamad Shahrul Nizam Mohd Ali, 24, dan isterinya, Norshuhada Kartika Razak, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.