[VIDEO] Ramadan tanpa ayah: 'Saya masak gulai ikan temenung, tapi rasanya takkan sama'
Iklan
JITRA -"Ramadan ini, saya memasak sendiri gulai ikan temenung kegemaran ayah. Tapi rasanya takkan sama seperti yang dia selalu buat.”
Itulah luahan pilu Dr Suraiya Izzati, 30, anak sulung kepada bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan, Sabari Baharom, 62, yang maut dalam kejadian tragis di Sungai Padang Terap, Kampung Empa, di sini.
Iklan
Iklan
Sabari dipercayai dicampak ke sungai itu selepas dilarikan dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Baling, dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat pada 3 September tahun lalu.
Suraiya Izzati bersama suaminya, Muhamin Mokhtar, 30, semasa singgah di Sungai Padang Terap, Kampung Empa, Jitra pada Ahad.
Iklan
Bagi Suraiya, Ramadan kali ini terasa amat berbeza tanpa kehadiran bapanya yang selalu sibuk di dapur menyediakan hidangan istimewa buat keluarga.
"Kalau bulan puasa, arwah akan bangun awal, bersahur, dan menunaikan solat Subuh di masjid. Dia akan duduk di sana sampai jam 7 pagi sebelum pulang ke rumah.
Iklan
"Ayah sentiasa teruja menyambut kepulangan kami. Kalau tahu kami nak balik berbuka bersama, dia pasti akan masak sesuatu," katanya sebak ketika ditemui di sungai tersebut pada Ahad.
Kenangan Hari Raya Aidilfitri Sabari bersama anak dan menantu tahun lalu.
Menurutnya, tiada lagi ketupat palas hasil tangan ayah, tiada lagi rendang ayam dan serunding daging yang menjadi hidangan wajib keluarga mereka pada Aidilfitri ini.
"Dulu ayah tak pandai masak. Kami belikan buku resipi untuknya. Lama-kelamaan, dia sudah mahir dan tak perlu rujuk buku lagi.
"Tapi tahun ini, semua itu hanya tinggal kenangan," luahnya sayu.
Sudah tujuh bulan berlalu, namun kehilangan bapanya masih dirasai, terutama menjelang bulan Ramadan dan Syawal yang sebelum ini menjadi saat paling dinantikan mereka sekeluarga.
Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, setiap orang melalui kehilangan orang tersayang, namun pemergian bapanya sangat sukar untuk diterima.
Suraiya Izzati
"Kalau ayah meninggal sebab sakit tua, mungkin saya lebih mudah terima. Tapi cara dia pergi sangat kejam. Saya hanya mampu berdoa agar keadilan ditegakkan," katanya lagi.
Setiap kali menghadiri perbicaraan kes bapanya di Mahkamah Jitra, Suraiya dan adiknya, Muhammad Amir Hakimi, 26, pasti akan singgah di sungai tersebut.
Menurutnya, kes bapanya masih dalam proses untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan dijadualkan disebut semula pada 20 Mac ini atas faktor teknikal.
"Saya masih menaruh harapan dan mengharapkan keadilan untuk ayah saya.
"Saya hanya mampu terus berdoa supaya segalanya dipermudahkan dan berpihak kepada ayah," luahnya sayu.
Nasi bungkus dihantar terus ke rumah pelanggan antara taktik terbaharu dilakukan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terhadap kaki ponteng puasa pada Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda, Shuib Ismail@Yusuf berkata, serbuan Ops Plastik Hitam ke atas sebuah premis di Tikam Batu mendapati peniaga menyediakan perkhidmatan bungkus dan hantar makanan yang diletakkan dalam plastik hitam kepada pelanggan biarpun ketika itu baru menunjukkan jam 11 pagi.
ArtiKel: https://www.sinarharian.com.my/article/718008/edisi/utara/peniaga-geng-plastik-hitam-cod-nasi-bungkus-ke-rumah-pelanggan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com