KSN puas hati operasi pentadbiran

Iklan
Mohd Zuki berkongsi beberapa foto di Twitter beliau ketika turun padang melawat beberapa jabatan kerajaan di Putrajaya pagi tadi.

PUTRAJAYA - Walaupun kemelut politik masih belum menemui penyelesaian namun penjawat awam tetap menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka seperti biasa.

Perkara itu diakui Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali apabila beliau sendiri turun padang melawat beberapa jabatan kerajaan di Putrajaya untuk melihat perjalanan operasi ketika kerajaan belum terbentuk.

Iklan
Iklan

Katanya, beliau berpuas hati apabila semua berjalan lancar dan kakitangan awam terus menjalankan tugas seperti biasa.

"Minggu yang penuh dengan peristiwa namun penjawat awam terus melaksanakan tanggungjawab seperti biasa.

Iklan

"Berkesempatan meninjau Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen Putrajaya. Alhamdulillah,” ciapnya melalui Twitter pagi ini.

Beliau turut berkongsi beberapa foto ketika melawat jabatan berkenaan.

Iklan