BELGRADE - Sekurang-kurangnya 50 orang maut dalam kebakaran di sebuah kelab di Bandar Kocani, Macedonia Utara, yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik agensi berita kerajaan MIA pada Ahad.
Menurut agensi berita itu, kebakaran tercetus kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan (0200 GMT) semasa konsert kumpulan muzik DNK di Kelab Pulse, dipercayai berpunca daripada penggunaan bunga api.
Iklan
Iklan
Kementerian Dalam Negeri belum mengeluarkan kenyataan rasmi setakat pagi Ahad, namun memberitahu agensi berita MIA bahawa sekurang-kurangnya 50 orang maut, manakala puluhan yang cedera dihantar ke hospital di pelbagai bandar di seluruh negara.
Perdana Menteri Macedonia Utara, Hristijan Mickoski, serta anggota kerajaan telah tiba di lokasi kejadian, sementara perkhidmatan kecemasan sedang menjalankan operasi, menurut laporan agensi berita itu. - Bernama