Kilang padi cemar udara dikenakan tindakan di Yan
Iklan
JAS Kedah mengenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) terhadap sebuah kilang padi di Yan yang didapati melakukan pencemaran udara dan menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.
ALOR SETAR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) terhadap sebuah kilang padi di Yan yang didapati melakukan pencemaran udara dan menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.
Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menjalankan siasatan dan pemantauan terhadap kilang padi itu semalam, setelah menerima aduan awam.
Iklan
Iklan
"Kilang padi itu dikenakan tindakan POK di bawah Seksyen 38 (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 hari ini setelah mendapati alat kawalan pencemaran udara gagal berfungsi dengan baik dan mengalami kebocoran sehingga menyebabkan berlaku pencemaran udara yang ketara di sekitarnya.
"Tindakan POK itu diambil bagi menghentikan pencemaran daripada terus berlaku dan kilang padi berkenaan diarahkan untuk menghentikan operasi supaya langkah-langkah pembaikan dapat dijalankan dengan segera bagi mengawal pencemaran yang berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.
Iklan
Beliau berkata, Notis Arahan di bawah Seksyen 31 dan 37 AKAS 1974 dikeluarkan kepada kilang itu untuk tindakan pembaikan dan penyelenggaraan segera dalam tempoh POK yang telah ditetapkan.
"Kilang itu akan dibenarkan beroperasi kembali selepas JAS Kedah berpuas hati dengan langkah pembaikan yang diambil. Pihak industri diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan berlakunya pencemaran kepada alam sekeliling.
Iklan
"Orang ramai diminta melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau e-mel ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my," katanya. - Bernama
Nasi bungkus dihantar terus ke rumah pelanggan antara taktik terbaharu dilakukan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terhadap kaki ponteng puasa pada Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda, Shuib Ismail@Yusuf berkata, serbuan Ops Plastik Hitam ke atas sebuah premis di Tikam Batu mendapati peniaga menyediakan perkhidmatan bungkus dan hantar makanan yang diletakkan dalam plastik hitam kepada pelanggan biarpun ketika itu baru menunjukkan jam 11 pagi.
ArtiKel: https://www.sinarharian.com.my/article/718008/edisi/utara/peniaga-geng-plastik-hitam-cod-nasi-bungkus-ke-rumah-pelanggan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com