Raja Muda Perlis dimasyhur Canselor UniSIRAJ
Iklan
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dimasyhur sebagai UniSIRAJ berkuat kuasa 15 April 2025 hingga 14 April 2030. Foto MAIPs
KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dimasyhur sebagai Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) berkuat kuasa 15 April 2025 hingga 14 April 2030.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemasyhuran itu dibuat selaras peruntukan Seksyen 32 Perlembagaan UniSIRAJ (2024) sekali gus memperkukuh kepimpinan baginda dalam membimbing institusi pendidikan tinggi Islam itu ke arah kecemerlangan.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu UniSIRAJ yang dahulu dikenali Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) merupakan institusi pendidikan tinggi Islam milik penuh MAIPs yang berperanan penting dalam pembangunan akademik dan dakwah Islam di Perlis serta di peringkat nasional dan antarabangsa.
"UniSIRAJ menjadikan 'Applied Sunnah' sebagai tujahan utama dan menekankan penghayatan sunnah dalam setiap aspek kehidupan selaras dengan slogannya,"Di Sini Pencinta Sunnah Dilahirkan"," menurut kenyataan itu.
Iklan
Pada 23 Nov lepas, media melaporkan Tuanku Syed Faizuddin Putra mengumumkan KUIPs dinaik taraf menjadi UniSIRAJ setelah menerima kelulusan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).
Sementara itu, kenyataan itu memaklumkan setakat ini universiti berkenaan menawarkan 27 program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah menerusi empat fakulti utama iaitu Fakulti Pengajian Islam; Fakulti Muamalat & Kewangan Islam; Fakulti Perniagaan & Sains Pengurusan serta Fakulti Al-Quran & Sunnah selain Pusat Pengajian Asasi dan Pusat Pengajian Siswazah.
Iklan
"Selain menitikberatkan kajian dalam bidang pengajian Islam, muamalat dan syariah, universiti ini turut memperkenalkan elemen pendidikan berasaskan teknologi digital dan keusahawanan Islam," menurut kenyataan itu.
UniSIRAJ juga menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi dalam dan luar negara termasuk universiti terkemuka di Timur Tengah dan Asia Tenggara bagi memastikan mutu pendidikan yang ditawarkan sejajar dengan perkembangan semasa. - Bernama
Nasi bungkus dihantar terus ke rumah pelanggan antara taktik terbaharu dilakukan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa terhadap kaki ponteng puasa pada Ramadan, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda, Shuib Ismail@Yusuf berkata, serbuan Ops Plastik Hitam ke atas sebuah premis di Tikam Batu mendapati peniaga menyediakan perkhidmatan bungkus dan hantar makanan yang diletakkan dalam plastik hitam kepada pelanggan biarpun ketika itu baru menunjukkan jam 11 pagi.
ArtiKel: https://www.sinarharian.com.my/article/718008/edisi/utara/peniaga-geng-plastik-hitam-cod-nasi-bungkus-ke-rumah-pelanggan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com