Zelensky tolak serah wilayah kepada Rusia sebagai syarat gencatan senjata

Iklan
Zelensky pada Sabtu menolak sebarang penyerahan wilayah kepada Rusia sebagai langkah ke arah gencatan senjata. Foto Agensi

KYIV - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada Sabtu menolak sebarang penyerahan wilayah kepada Rusia sebagai langkah ke arah gencatan senjata, lapor Xinhua yang memetik agensi berita UNIAN.

"Pendiran kami adalah kami tidak mengiktiraf wilayah Ukraine yang diduduki sebagai sebahagian daripada Rusia dalam apa jua keadaan," kata Zelensky kepada pemberita.

Iklan
Iklan

Beliau mengesahkan bahawa kemungkinan penyerahan wilayah telah dibincangkan dalam mesyuarat antara delegasi Ukraine dan Amerika Syarikat (AS) di Arab Saudi pada 11 Mac.

Zelensky menyatakan bahawa Washington mengambil kira pendirian Kyiv mengenai perkara itu.

Iklan

Beliau menegaskan bahawa isu wilayah adalah 'kompleks' dan perlu ditangani kemudian di meja rundingan. - Bernama

Iklan