146.48 juta dijangka 'mudik' pada Aidilfitri

Iklan
Motosikal merupakan pengangkutan popular yang digunakan pemudik pada setiap tahun.

JAKARTA - Menteri Perhubungan Indonesia, Dudy Purwagandhi menjangkakan jumlah 'pemudik' pada Aidilfitri tahun ini mencecah 146.48 juta orang.

Angka itu bersamaan 52 peratus daripada jumlah populasi di negara tersebut.

Iklan
Iklan

"Tradisi pulang ke kampung beramai-ramai atau 'mudik' merupakan keutamaan untuk Kementerian Perhubungan (Kemenhub). Kami mahu memastikan ia dapat berjalan lancar termasuk mengelakkan kesesakan teruk," ujar Dedy pada Jumaat lalu.

Menurutnya, kemuncak arus 'mudik' dijangkakan pada 28 Mac ini dengan kira-kira 12.1 'pemudik' pulang ke kampung halaman masing-masing secara serentak.

Iklan

Sementara itu, kemuncak perantau kembali ke ibu kota adalah pada 6 April dengan jumlah kira-kira 31.49 juta orang.

Data itu diperoleh berdasarkan hasil tinjauan dibuat Badan Dasar Pengangkutan (BKT) dengan kerjasama Institut Litbang Kompas.

Iklan

Dudy menjelaskan keputusan kaji selidik itu telah dikemukakan kepada Presiden Prabowo Subianto dan dikongsikan dengan pihak berkaitan termasuk pemerintah wilayah dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).

"Kami turut mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama pelbagai pihak seperti sektor swasta dan pemimpin perusahaan negara. Hal ini untuk memastikan komuniti dapat pulang ke kampung dengan selamat sepanjang tempoh cuti perayaan," jelasnya lagi.

Bagi mengatasi kesesakan melampau seperti tahun-tahun sebelum ini, pemerintah bakal menggunapakai beberapa dasar termasuk bekerja dari mana-mana (WFA), perjalanan pulang secara percuma, kejuruteraan dan pengurusan trafik terutamanya di kawasan berisiko tinggi berdepan kesesakan teruk. - Agensi