Lebih RM2 bilion peruntukan ATM di Sabah - Khaled

Iklan
Mohamed Khaled Nordin ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga Kem Paradise Kota Belud hari ini. Foto Bernama

KOTA BELUD - [DIKEMAS KINI] Sebanyak RM2.2 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah bagi melaksanakan pelbagai projek meliputi peringkat perancangan, perolehan dan pelaksanaan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, ia termasuk penyelenggaraan, pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), kemudahan asas di kem sempadan, pembinaan tiga pos baharu, dan keperluan projek lain yang melibatkan tentera darat serta laut.

Iklan
Iklan

"Peruntukan itu, antaranya untuk Kem Paradise, Kem Felda Sahabat Lahad Datu, dan Kem Lok Kawi, termasuklah membina klinik kesihatan dan klinik pergigian," katanya kepada kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama warga Kem Paradise di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Medan Timur Tentera Darat Lefternan Jeneral, Datuk Mohd Sofi Md Lepi, dan Panglima Divisyen Kelima Infantri Mejar Jeneral, Datuk Noorrul Azril Ariffin.

Iklan

Mengulas mengenai majlis itu, Mohamed Khaled berkata, ia adalah untuk menyantuni warga pertahanan selain meringankan beban anggota tentera yang memerlukan, khususnya dalam mengurus kehidupan seharian.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM500 secara sekali bayar kepada 20 pesakit kronik yang terdiri daripada anggota tentera serta ahli keluarga mereka. - Bernama

Iklan