Hamilton akui debut bersama Ferrari sangat mencabar

Iklan
Hamilton

JUARA dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton terpaksa akur selepas

menamatkan saingan di tempat ke-10, jauh dari jangkaan awal perlumbaan yang berlangsung di Litar Albert Park, Melbourne.

Pada awalnya, bekas pelumba Mercedes berusia 40 itu dan rakan sepasukannya, Charles Leclerc, nampak potensi meraih mata berharga di Litar Albert Park sebelum perubahan cuaca menguji kecekapan dalam kalangan pemandu.

Iklan
Iklan

"Walaupun bukan ini saya harapkan, syukur dapat habiskan perlumbaan, sekurang-kurangnya dapat satu mata.

"Banyak perlu saya pelajari terutama tetapan jentera, konfigurasi stereng dan arahan dari pasukan," kata Hamilton.

Iklan

Sementara itu, Hamilton yang berada di belakang McLaren, Red Bull dan Mercedes juga mengakui jentera Ferrari sangat mencabar untuk dikendalikan dalam keadaan keadaan cuaca hujan di Melbourne.

"Keseimbangan jentera memang rumit. Saya harap kami boleh perbaiki di perlumbaan seterusnya dan jentera dalam keadaan yang lebih baik. Saya yakin jentera ini ada potensi yang lebih besar daripada apa yang kami tunjukkan hari ini," katanya.

Iklan