Kuching City tumbangkan Selangor di Kuching

Iklan
Antara aksi menarik Kuching City menentang Selangor di Stadium Negeri pada Ahad. Foto MFL

KUCHING City terus memperkukuh misi menamatkan saingan Liga Super dalam kelompok terbaik selepas menundukkan Selangor FC 2-1 dalam perlawanan di Stadium Negeri, Kuching, pada Ahad.

Lebih menarik, skuad The Cats kendalian Aidil Sharin Sahak turut meleburkan rekod 14 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan yang dipegang The Red Giants di bawah bimbingan Katsuhito Kinoshi.

Iklan
Iklan

Bintang The Cats, Ramadhan Saifullah, yang dipinjamkan daripada juara liga Johor Darul Ta'zim (JDT), membuka jaringan pada minit ke-26 untuk meletakkan tuan rumah di depan sehingga tamat separuh masa pertama.

Selangor bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-50.

Iklan

Bagaimanapun, impian pasukan pelawat untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata tidak kesampaian apabila penyudah sempurna Jimmy Raymond pada minit ke-85 memastikan tiga mata penuh buat Kuching City, sekali gus mengumpul 36 mata selepas 22 perlawanan.

Sebagai rekod, kekalahan ini merupakan yang pertama buat Selangor sejak mereka tewas 1-2 kepada Sri Pahang dalam aksi timbal balik kedua Pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 1 Disember lalu.

Iklan