PENGENDALI England, Thomas Tuchel mempunyai alasan tersendiri untuk tidak memanggil seorang pun pemain Nottingham Forest ke dalam skuad Three Lions.
Pada Jumaat, tindakan Tuchel mengabaikan tonggak Forest mencetuskan rasa kurang senang peminat The Garibaldis kerana pemain-pemain seperti Morgan Gibbs-White, Callum Hudson-Odoi dan Elliot Anderson layak dipertimbangkan susulan prestasi cemerlang musim ini.
Gibbs-White, Hudson-Odoi dan Anderson antara tiga watak utama yang meletakkan Forest di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus menyalakan impian kelab berpangkalan di West Bridgford itu ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.
"Elliot sebagai contoh, dia masih boleh bermain untuk pasukan Bawah-21 tahun.
"Jika anda melihat skuad kami, anda juga akan nampak mereka mempunyai persaingan yang hebat daripada pemain bertaraf dunia di posisi mereka.
"Apa pun, saya menghargai musim cemerlang mereka cuma kali ini mereka kurang bernasib baik kerana tidak dipilih,” ujar Tuchel.
Tuchel yang secara rasmi mengambil alih tugas pada Januari berdepan Albania pada perlawanan pertamanya dalam kelayakan Piala Dunia 2026 pada Sabtu sebelum melayan kunjungan Latvia di Wembley pada Selasa depan
Senarai pemain England
Penjaga gol: Dean Henderson (Crystal Palace), Jordan Pickford (Everton), Aaron Ramsdale (Southampton), James Trafford (Burnley).
Pertahanan: Dan Burn (Newcastle United), Levi Colwill (Chelsea), Marc Guehi (Crystal Palace), Reece James (Chelsea), Ezri Konsa (Aston Villa), Myles Lewis-Skelly (Arsenal), Tino Livramento (Newcastle United), Jarell Quansah (Liverpool), Kyle Walker (AC Milan, dipinjamkan dari Manchester City).
Pemain tengah: Jude Bellingham (Real Madrid), Eberechi Eze (Crystal Palace), Jordan Henderson (Ajax), Curtis Jones (Liverpool), Cole Palmer (Chelsea), Declan Rice (Arsenal), Morgan Rogers (Aston Villa).
Penyerang: Jarrod Bowen (West Ham United), Phil Foden (Manchester City), Anthony Gordon (Newcastle United), Harry Kane (Bayern Munich), Marcus Rashford (Aston Villa, on loan from Manchester United), Dominic Solanke (Tottenham Hotspur).